20 Ogos - Memori Indah

Bismillahirrahmanirrahim .

Kenangan lalu mencuit kembali . Ah aku rindu . Sungguh aku rindu . Sudah lebih setahun kita berpisah wahai sahabat . Malam ini aku buka kembali lipatan kenangan . Gambar-gambar kita menjadi tatapan mata . Aduh ! Serasa ingin air mata merembes keluar . Dada perit menahan rasa yang mencengkam . Ah ! Aku benci begini .

PLKN . Aduh manis sekali . Senyum terukir . Air mata menitis . Aku yakin siapa yang pernah lalui pahit manis suasana PLKN pasti akan mengukir senyum dalam tawa saat kenangan-kenangan di kem mengintai di balik waktu .

Di sana aku belajar mengenali diri ini . Mengenali rakan-rakan dari pelbagai negeri . Mempelajari hidup berdikari . Pertama kali aku berjauhan daripada keluarga . Johor-Melaka . Tapi aku temui bahagia di sana . Hanya sahabat-sahabat di sana sebagai keluarga . Tangis . Tawa . Gurau . Semua di kongsi bersama .

Aku ingat lagi di awal perkenalan . Ramai tidak mahu menegur aku . Mereka takut . Hahaha . Waktu itu aku berpenampilan seperti lelaki . Tapi aku ingat lagi, sahabat pertama menegur aku adala Hasliza . Lija a.k.a UG (Ustazah Gila) . Aku masuk dorm masa tu cuma ada dia sorang je . Dia baru lepas baca al-quran tak silap aku .

“Nama siapa ? Aku Liza . Kita guna kau-aku je laa”

Mak aih kerek nak mampus perempuan depan katil aku ni . Masa tu aku macam hmm okayy . Then aku intro laa pasal aku .

“Mirra . Asal Johor . Bla bla bla...”

“Tak nak laa panggil Mirra sebab ada budak katil hujung tu nama dia Mirra jugak . Aku panggil Nadh laa”

Dan sejak tu semua bebudak kem panggil aku Nadh . Erghh ! Janggal . Memula aku macam buat bodoh je bila orang panggil sebab aku tak immune lagi dengan nama tu . But after a few weeks, aku dah boleh adapt dah . Nak tahu something . Awal-awal dekat sana aku nangis. Ya nangis ! Aku nangis dekat Midi . Aku cakap aku rindu rumah . Rindu family . Padahal sumpah masa tu aku tak rapat langsung dengan dia . Entah macam mana dekat surau time lepas maghrib sementara tunggu isyak, aku bole dok sebelah dia lepas tu tangkap leleh . Sumpah malu bila ingat .

Lepas tu, aku dah rasa aku boleh masuk sikit-sikit dengan depa . Jujur aku kerek kot memula . Depa pun buat confession macam tu masa aku dah nak keluar kem. Hahaha . Tapi entah lah . Percaya tak masa dekat kem depa pernah make up muka aku. Ohh Emm Giii ! Kau bayangkan gangster sekolah bermekap ? What the heckkkk ??! Hahahaha .

Aku ingat lagi bebudak dorm aku, kompeni bravo merak rimba aku . Tapi aku cuma ingat budak perempuan je lah . Percaya tak aku tak bertegur sangat dengan budak lelaki ? Maksud aku, aku langsung tak berbual dengan bebudak lelaki kalau takde hal penting macam kena buat bendera kompeni ke, lagu kompeni ke, buat kerja grup masa dalam kelas ke . Giler kan ? Senang cerita, behaviour aku dekat sekolah 100% berubah . Sumpah macam bukan aku . Hahaha . Aku rasa sampai sekarang ade yang tak kenal aku .

Aku ingat lagi satu kes . Hahaha . Aku cuai sangat masa tu . Culas ! Aku jatuh terduduk dekat tempat wudhuk . Ramai pulak tu saksi kejadian . Malu sangat ! Tapi sakit mengatasi segalanya . Aku dapat pengecualian daripada buat sebarang aktiviti kot . Nampak tak betapa sakitnya . Hahaha . Tapi masa tu aku baru tahu apa itu friendship . Kawan yang tak pernah kenal aku pon tolong aku kott . Lain kompeni . Lain kelas . Jujurnya tak pernah berbual pun . Sumpah bahagia !
Ah terlalu banyak kenangan manis untuk aku bongkar satu persatu . Tapi apa pon aku tetap merasai bahagia itu hingga kini . Meski sudah setahun lebih berlalu . (06.04.2014 – 18.06.2014) namun kenangan-kenangan itu masih utuh di sanubari . Ahh ! Sudah terasa semakin bisa dadaku menahan sebak . Ya Allah sungguh aku rindu .

Apa-apa pun terima kasih sahabat kerana masih menjaga ukhuwah kita . Terima kasih kerana tidak pernah lupa diri ini . Oh yaa ! Ada juga beberapa kawan yang aku tak berapa rapat masih contact aku sehingga kini walaupun sejujurnya aku tak ingat pun yang mana . Tapi depa boleh pulak ingat aku . Malu sangat . Tapi terima kasih yaa sahabat kerana menghadiahkan kenangan terindah sepanjang hidup bersama selama kurang dari 3 bulan . Maafkan aku andai sepanjang perkenalan kita, aku ada mengguris hati kalian . Apa-apa pun korang tetap berada di sudut hati ini bersama memori indah kita . Assalamulaikum .

No comments: