06 Ogos - Benci

bismillahhirrahmanirrahim . 

Lembaran masalah kian menyesakkan dada. Terasa ingin saja aku menitiskan air mata apabila masalah bertandang tanpa jemu. Namun, tidak dinamakan kehidupan jika tiada dugaan menimpa. 

Aku keliru. Mengapa dia tidak pernah mengalah daripada mencari kesilapan aku ? Mengapa dia tidak pernah walau sekelumit berpuas hati terhadap diri ini ? Bukan niat aku untuk berlaku biadap, cuma kadang sikapnya yang memaksa aku. 

Apakah wajar dia digelar ibu saudara jika tahunya hanya mencela diri ini ? Aku tahu aku tidak sebaik manusia lain. Jujur kadang sikap aku memang menjengkelkan. Tetapi apa salahnya tegur secara baik. Bukan dengan memburukkan aku di hadapan ibu dan abah. Aku tahu abah sedih. Aku tahu ibu kecewa. Tapi apa yang aku rasa adalah lebih daripada segalanya. Aku tak pernah menyangka ibu saudara aku sendiri sanggup menjatuhkan aku. Mencela aku seperti aku tidak punya perasaan. 

Mungkin dia fikir aku masih anak kecil yang tidak pernah kisah setiap kali disindir. Tidak pernah kisah setiap kali dimaki. Mungkin dia fikir aku masih belum mengerti. Tapi dia silap. Aku kian meningkat dewasa dan aku mula terasa dengan setiap kata-katanya. 

Tidak mengapalah. Benci lah selagi kau rasa ingin membenci. Maki lah selagi kau belum berpuas hati. Tapi ingat, aku tak akan pernah lupa semua yang terjadi sampai mati. Bukan niat ingin berdendam cuma sekadar berpesan pada hati bahawa kau tidak pernah menyukai diri ini dan hadir aku hanya untuk dicaci. 

Sedangkan saudara sendiri membenci, apatah lagi mereka yang lain. Assalamualaikum. 

No comments: